suria

Jlo bakal berkahwin kali keempat, terima cincin tunang berharga RM4 juta

Jennifer Lopez dan Alex Rodriguez bakal berkahwin selepas dua tahun bercinta.

PENYANYI dan pelakon Jennifer Lopez dan teman lelakinya, Alex Rodriguez mengumumkan pertunangan mereka pada Ahad.

Alex yang juga pemain besbol profesional turut memuat naik catatan di Instagram miliknya memberitahu Jennifer, 49, menerima lamarannya.

"Dia setuju," tulis Alex yang turut memuat naik gambar dia memegang tangan Jennifer yang memperlihatkan penyanyi lagu Love Don't Cost A Thing itu memakai cincin pertunangan.

Cincin berlain itu dilaporkan berharga AS$1 juta (RM4 juta).

Sementara itu, Jennifer turut memuat naik gambar sama di laman sosialnya dengan meletakkan emoji tanda hati pada catatan gambar itu.

Pasangan itu mula bercinta sejak dua tahun lalu.

Ia bakal menjadi perkahwinan keempat buat Jennifer selepas bercerai dengan bintang latin, Marc Anthony pada 2014 manakala kedua buat Alex selepas berpisah dengan bekas isteri 10 tahun lalu.

Bagaimanapun pasangan itu masih merahsiakan tarikh perkahwinan mereka. - CNN

Jlo. Alex Rodriguez

Artikel Lain