suria

'Ddu Du Ddu Du' Blackpink pecah rekod 700 juta tontonan

KUMPULAN terkenal Kpop Blackpink memecahkan rekod apabila muzik video lagu Ddu Du Ddu Du menerima sebanyak 700 juta tontonan dalam tempoh 266 hari.

Kumpulan itu secara tidak langsung menepis rekod muzik video PSY iaitu Gangnam Style yang kini sudah mencecah 3 bilion tontonan selepas dilancar pada Julai 2012.

Ia juga menjadi kumpulan pertama menerima angka tersebut dalam tempoh yang sangat singkat selepas dilancar pada 15 Jun 2018.

Lagu tersebut juga menjadi perhatian dan diterima pendengar seluruh dunia.

Ahli-ahli kumpulan tersebut kini meraih pupulariti luar biasa dan muncul di beberapa program televisyen di Amerika Syarikat. - SOOMPI

Blackpink

Artikel Lain