suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gosip Angelina Jolie bercinta dengan jutawan British tidak benar

Angelina belum bersedia menjalinkan hubungan cinta atau serius dengan mana-mana lelaki.

KHABAR angin mengenai pelakon Angelina Jolie dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jutawan British mula berterbangan sejak minggu lalu.

Namun menerusi laporan Hollywoodlife.com, sumber terdekat memberitahu bekas isteri kepada Brad Pitt itu tidak mempunyai hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

"Angelina tidak bercinta dengan sesiapa pun sekarang ini. Dan dia tidak ada masalah pun dengan keadaannya kini.

"Dia melalui proses kesunyian selepas berpisah dengan Brad dan semua itu sudah pun berakhir disebabkan kasih sayang serta perhatian daripada anak-anaknya.

"Malah, dia belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta atau serius dengan mana-mana lelaki sehingga kes perceraiannya selesai," kata sumber.

Angelina dan Brad berpisah pada 2016 dan mereka mempunyai tiga cahaya mata iaitu Shiloh, 12, dan pasangan kembar, Knox dan Vivienne, 10 tahun.

Pasangan itu juga mengambil tiga orang anak angkat, Pitt-Maddox, 17, Pax, 15 dan Zahara yang kini berusia 14 tahun.

Angelina Jolie, Brad Pitt

Artikel Lain