HyunA kecil hati kontraknya bakal ditamatkan

HyunA dan E'Dawn mengambil keputusan untuk keluar dari agensi pengurusan mereka.

PENYANYI HyunA berasa kecil hati selepas mendapat tahu mengenai laporan agensi pengurusannya, Cube Entertaiment mahu menamatkan kontraknya tanpa perbincangan.

Menurut laporan Soompi, sumber terdekat berkata agensi itu sukar untuk menyelesaikan konflik menyebabkan mereka seakan-akan sudah membuat keputusan.

"HyunA kecil hati selepas mendapat tahu dari berita melaporkan mengenai Cube mahu menyingkir dia tanpa perbincangan.

"Ahli jawatankuasa tinggi Cube mempunyai pandangan yang berbeza, tapi disebabkan sukar untuk menyelesaikan masalah dengan HyunA, keadaan itu seperti mereka telah menamatkan kontrak," kata sumber.

Sebelum ini, berita hiburan Kpop melaporkan Cube Entertainment mahu menamatkan kontrak HyunA dan E'Dawn secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, pihak agensi tersebut menafikan perkara tersebut dan memberitahu mereka masih dalam perbincangan kontrak pasangan kekasih itu.

HyunA, E'Dawn

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain