suria

Gwyneth Paltrow kembali bergelar isteri

Gwyneth Paltrow dan Brad Falchuk berkahwin pada Sabtu lalu di Long Island, New York.

PELAKON terkenal Gwyneth Paltrow melangsungkan perkahwinan dengan Brad Falchuk di sebuah kediaman mewah di Long Island, New York pada Sabtu lalu.

People melaporkan perkahwinan itu turut dihadiri oleh ramai bintang gred A Hollywood seperti Robert Downey Jr, Jerry Seinfeld, Steven Spielberg, Cameron Diaz dan suami, Benji Madden.

Pemenang Anugerah Akademi itu berkahwin dengan penerbit berusia 47 tahun itu selepas menjalinkan hubungan selama empat tahun sebelum bertunang selama setahun.

Gwyneth, 46, sebelum ini pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin dan mereka mempunyai dua cahaya mata bersama iaitu Apple, 14 dan Moses, 12.

Pasangan itu berkahwin pada 2003 sebelum mengambil keputusan untuk bercerai selepas sepuluh tahun berkahwin.

Gwyneth dan Brad bertemu buat pertama kali ketika aktres itu membuat kemunculan dalam siri Glee pada 2010.

Gwyneth Paltrow

Artikel Lain