suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jennifer Lopez fokus bentuk otot lengan

JLo menggemari latihan membentuk otot lengan. Foto Instagram @jlo

PELAKON Jennifer Lopez berkongsi rahsia mengekalkan bentuk tubuh yang langsing dan kekal fit.

Menurut laporan UsWeekly, Jennifer atau JLo mendedahkan dia melakukan latihan dan senaman empat kali seminggu.

Dia turut memberitahu mempunyai beberapa orang jurulatih peribadi yang akan membantunya di gim dan mengupah seorang jurulatih yang memberi fokus kepada latihan lengan.

JLo juga mendedahkan dia kerap mempelbagaikan latihan tubuh dan disebabkan itu dia memerlukan beberapa orang jurulatih peribadi.

Antara bahagian yang digemari oleh JLo ialah latihan bagi membentuk otot lengan.

"Jika tiada latihan bersama jurulatih di gim, saya akan bersenam di taman-taman. Itu cara saya untuk kekal fit dan sihat," katanya kepada People.

Jennifer Lopez

Artikel Lain