suria

Sepupu keliru khabar angin Justin Bieber dan Hailey Baldwin sudah berkahwin

KHABAR perkahwinan Justin Bieber dan kekasihnya Hailey Baldwin tersebar meluas sejak kebelakangan ini.

Pasangan ini didakwa berkahwin secara sembunyi ketika berkunjung ke pejabat pendaftaran di New York baru-baru ini.

Bagaimanapun, Hailey menafikan khabar angin tersebut menerusi sebuah posting di Twitternya.

Malah seorang sepupunya Ireland Baldwin turut keliru dengan khabar pernikahan pasangan tersebut.

"Saya tidak tahu tentang itu. Saya fikir mereka mahu menjalani kehidupan itu secara perlahan. Mereka hanya bercium dan biar mereka mabuk bercinta.

"Masyarakat terlalu berfikir tentang hubungan tersebut. Biarkan mereka melalui fasa ini dengan tenang," ujarnya seperti dipetik Cosmopolitan.

Tambah Ireland, dia melihat pasangan tersebut sangat bahagia dan sesuai untuk bersama.

Justin Bieber

Artikel Lain