suria

IU beri bayangan muncul semula Oktober ini

IU berkongsi foto istimewa di Instagram. Foto Instagram dlwlrma

GARA-GARA perkongsian foto di Instagram, penyanyi Lee Ji Eun atau IU membuatkan peminatnya di laman tersebut tidak senang duduk.

Menerusi portal Soompi, gambar yang dimuat naik pada Rabu itu menunjukkan IU mengenakan gaun berwarna merah jambu lengkap bersama aksesori cermin mata dengan gaya retro.

Apa yang menjadi tanda tanya ialah kapsyen Oktober yang seakan-akan memberi tanda IU bakal membuat kemunculan lagu baharu pada bulan depan.

Penyanyi lagu Palette ini diketahui akan mengadakan majlis ulang tahun ke-10 sebagai penyanyi, Oktober ini.

Rata-rata peminat teruja dan tidak sabar menantikan kejutan yang bakal dilakukan IU.

Foto tersebut menerima hampir 1 juta tanda suka dan lebih 12,000 komen pengikut.

IU

Artikel Lain