suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rahsia kecantikan Bae Suzy elak sentuh wajah dengan jari

PENYANYI dan pelakon Korea Bae Suzy mendedahkan salah satu rahsia penjagaan wajah adalah tidak menyentuh kulit mukannya dengan tangan.

Wanita berusia 23 tahun itu berkata dia sentiasa memastikan tiada sentuhan jari selain menggunakan topeng muka untuk rawatan di rumah.

"Saya sering menggunakan masker untuk rawatan di rumah. Saya juga berusaha untuk tidak menyentuh wajah dengan tangan dan memilih produk yang lembut," ujarnya seperti dipetik Allkpop.

Pelakon yang mendapat jolokan 'nation's first love' atau cinta pertama orang Korea ini sering tampil tanpa sebarang solekan di mana-mana iklan televisyen yang dibintangi.

Dia juga digelar ratu iklan apabila antara artis paling laris menjadi duta pelbagai produk dari kopi hingga kosmetik.

Bae Suzy

Artikel Lain