suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aamir Khan tak minat tawaran jadi ahli politik

Aamir Khan tak berminat jadi ahli politik. Foto: ilubilu.com

MELIHAT kepada populariti, pelakon terkenal Bollywood Aamir Khan ditawarkan peluang untuk menyertai beberapa parti politik di India.

Bagaimanapun, menurut laporan ZeeNews, Aamir dikatakan menolak tawaran tersebut dan memberitahu bahawa bidang politik bukanlah pilihannya.

Malah, dia turut mengakui lebih selesa memberikan tumpuan dan fokus dalam industri seni.

"Saya sama sekali tak mahu jadi ahli politik, tak tertarik. Malah, saya lebih takut dengan dunia politik.

"Saya fikir lebih baik jauhkan diri daripada dunia politik dan hiburkan orang semampu boleh kerana bidang kreatif ini lebih menarik!," katanya kepada NDTV.

Aamir Khan

Artikel Lain