suria

Sunye tidak pernah keluarkan kenyataan ingin bersara

Sunye kini hamil anak ketiga.

SELEPAS penyanyi Sunye mengumumkan dirinya kini hamil anak ketiga, pelbagai reaksi diterima daripada peminatnya.

Malah, ada segelintir mereka yang beranggapan Sunye akan bersara dari dunia seni selepas ini.

Namun, menerusi laporan Allkpop, Sunye menjelaskan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan ingin bersara.

"Saya ingin berterima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan dan ucapan tahniah.

"Bagaimanapun, saya ingin jelaskan yang saya tak pernah kata akan bersara selepas ini," katanya.

Sunye

Artikel Lain