suria

Selena Gomez jual rumah, mahu jalani hidup sederhana

BEBERAPA bulan tiada sebarang khabar tentang Selena Gomez, penyanyi itu dikatakan sudah berpindah ke Orange County iaitu sebuah daerah yang agak pedalaman.

Seperti dipetik Elle, Selena mengakui tidak lagi berasa aman untuk menetap di Los Angeles.

"Amat melegakan di sini. Aku tidak boleh buat banyak perkara di Los Angeles, ia mustahil," ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi itu dilaporkan sudah menjual sebuah rumah mewah di Calabasas dengan nilai RM13 juta.

Manakala dia juga menawarkan dua buah rumah bernilai RM11 hingga RM13 juta yang terletak di Texas.

Selain itu, Salena mengaku pada usia yang kini sudah mencecah 26 tahun, dia ingin menjalani kehidupan yang lebih sederhana.

Selena Gomez

Artikel Lain