suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liam Payne diberi kek beruang sambut ulang tahun kelahiran di Bali

Liam memilih Bali sebagai lokasi sambutan ulang tahun kelahiran ke-25. Foto Instagram: @liampayne

PENYANYI Liam Payne menyambut ulang tahun kelahiran ke-25 di pulau peranginan Bali, Indonesia pada 29 Ogos lalu.

Menerusi laman Instagram miliknya, dia memuat naik foto sedang memegang kek dan meraikan hari penting itu bersama teman-teman rapat.

"Menyambut hari jadi terbaik di Bali. Terima kasih kepada semua yang menjadikan ia sangat istimewa," tulis Liam pada Selasa.

Netizen tertarik dengan dekorasi kek yang dipegang Liam.

Menariknya, kek yang dipegang itu dihiasi dengan boneka beruang dan netizen beranggapan itu sebagai tanda Liam mengingati anaknya bersama bekas kekasih Cheryl yang kini berusia setahun.

Sebelum itu, ahli kumpulan One Direction ini juga ada memuat naik foto di kerusi buaian namun tidak menyatakan lokasi sebenar.

"Memasuki usia 25 tahun di syurga. Terima kasih semua atas ucapan!," tulisnya.

Liam Payne

Artikel Lain