suria

Suami Park Hae Mi terlibat kemalangan maut

SUAMI kepada pelakon Korea Park Hae Mi iaitu Hwang Min dilaporkan terlibat dalam kemalangan pada malam Isnin lalu.

Kemalangan berlaku di Lebuhraya Gangbyeon di Provinsi Gyeonggi kira-kira pukul 11 malam (waktu Korea Selatan).

Menerut laporan Allkpop, Hwang Min memandu kereta bersama empat penumpang lain melanggar sebuah lori yang dipakir di tepi jalan.

Kemalangan itu turut meragut nyawa dua orang penumpang yang meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala, pemandu lori dikejarkan ke hospital kerana turut mengalami kecederaan.

Selain itu, pihak polis masih lagi menyiasat kejadian tersebut.

Bagaimanapun, keputusan awal mendapati Hwang Min berada dalam keadaan mabuk dengan tahap alkohol 0.104 peratus.

Kandungan alkohol itu cukup tinggi dan lesen memandu lelaki tersebut boleh ditarik balik jika disabitkan kesalahan.

Park Hae Mi

Artikel Lain