suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengurusan nafi berita Kim Ah Joong meninggal dunia

SYARIKAT pengurusan aktres Kim Ah Joong tampil menafikan khabar angin bahawa pelakon berkenaan meninggal dunia.

Khabar angin yang tersebar di internet itu melaporkan bahawa seorang pelakon 200 Pound Beauty ditemui meninggal dunia di kediamannya.

Peminat menyangka pelakon dimaksudkan itu adalah Kim Ah Joong.

Bagaimanapun, pengurusannya mengesahkan aktres itu kini sibuk dengan jadual hariannya.

"Itu tidak benar, Kim Ah Joong sibuk dengan kerja dan kami tidak tahu siapa yang menyebarkan khabar tidak betul ini," ujarnya seperti dipetik Allkpop

Pelakon berkenaan kini sedang menjalani penggambaran filem Bad Guys: The Movie. 

Kim Ah Joong

Artikel Lain