suria

Tiket Festival K-Waze laris

Monsta X antara kumpulan yang bakal menghiburkan peminat di Malaysia.

SELEPAS seminggu pengumuman Festival Muzik K-Wave kembali menemui penonton di Malaysia buat kali ketiga, hampir kesemua tiket telah habis terjual.

Antaranya, tiket berharga RM34 untuk peminat berusia 15-17 tahun, Pakej Masuk bagi Ecolite Zone P (L) dan S (L) serta Dutch Lady Zone P (R) dan S (R).

Bagaimanapun, peminat masih boleh membeli tiket Pakej Masuk bagi zon lain, Rock Zone dan Long TV Zone M yang hanya tinggal tempat terhad.

Konsert yang dibawakan khas oleh Mcalls anjuran MacpiePro dengan kerjasama MSR bakal bertemu peminat selepas tujuh bulan penganjuran konsert yang sama berlaku.

Peminat bakal bertemu dengan artis Kpop kesayangan mereka pada 18 Ogos ini.

Barisan artis seperti FTISLAND, EXID, MONSTA X, AOA, JEONG SEWOON, WJSN dan BOYFRIEND akan mencetuskan gelombang di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18 Ogos ini bermula pukul 8 malam.

Menampilkan kelainan festival itu kali ini diadakan di ruang tertutup sekaligus memberi peluang kepada peminat untuk melihat idola mereka beraksi dengan lebih dekat.

Malah, sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk melihat 39 idola mereka beraksi dalam 7 kumpulan lebih dari 120 minit.

Tiket boleh dibeli menerusi www.mcalls.asia/kwave3.

Festival K-Waze

Artikel Lain