suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beyonce akhirnya kongsi gambar anak kembar

Beyonce memuat naik gambar bersama anak kembarnya, Rumi dan Sir yang kini berusia setahun.

SETAHUN selepas melahirkan sepasang bayi kembar, penyanyi terkenal Beyonce akhirnya memuat naik gambar anak-anaknya untuk tatapan peminat di Twitter.

Daily Mail melaporkan foto berkenaan diambil ketika penyanyi itu bersama keluarganya sedang bercuti di Eropah baru-baru ini.

Perkongsian itu mengejutkan peminatnya kerana Beyonce jarang berkongsi mengenai keluarganya di media sosial kerana ia adalah perkara peribadi untuknya.

Menerusi gambar itu, Beyonce dilihat sedang memangku pasangan kembar itu, Rumi dan Sir.

Beyonce dan suami, Jay-Z turut mempunyai seorang anak perempuan, Blue Ivy Carter yang kini berusia enam tahun.

Beyonce, Rumi, Sir

Artikel Lain