suria

Ada sebab Lee El muat naik foto Jae Wook sedang tidur

Lee El jadi perhatian peminat apabila tidak sengaja memuat naik gambar Kim Jae Wook yang sedang tidur di Instagram.

PELAKON Lee El tampil menyangkal dakwaan dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pasangannya dalam teater Amadeus iaitu Kim Jae Wook.

Soompi melaporkan Lee El tampil membuat kenyataan itu ekoran tindakannya memuat naik gambar Jae Wook yang sedang tidur di Instagram sehingga menyebabkan dia diasak dengan pelbagai soalan daripada peminat mengenai hubungan sebenar mereka.

Peminat curiga kerana menerusi foto itu, Jae Wook dilihat tidak berbaju dan badannya hanya ditutupi selimut namun masih menampakkan bahu dan lengannya.

Foto Lee Jae Wook yang dimuat naik Lee El di Instagram.

Enggan melayan pertanyaan peminat, Lee El memadam foto berkenaan namun kedua-dua mereka terus menjadi bualan hangat sama ada pasangan itu bercinta atau sebaliknya.

Syarikat pengurusan Lee El dalam satu kenyataan menjelaskan foto bekenaan diambil ketika mereka sedang berehat di bilik menunggu ketika pementasan teater Amadeus.

Menerusi teater itu, Lee El dan Jae Wook membawa watak sebagai pasangan suami-isteri.

Jae Wook dan Lee El berlakon sebagai pasangan suami-isteri dalam teater Amadeus. 

"Kim Jae Wook sedang berehat dan Lee El merakamkan fotonya kerana merasakan ia lucu," kata wakil syarikat itu.

Sebelum ini, mereka pernah dikaitkan mempunyai hubungan apabila Jae Wook pernah menghadiri majlis tayangan perdana filem lakonan akters itu berjudul Wind, Wind, Wind pada Mac lalu.

Lee El juga didakwa pernah datang ke set penggambaran Jae Wook pada akhir tahun lalu.

Lee El, Kim Jae Wook

Artikel Lain