suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jennifer Aniston sedih bekas suami bercinta dengan Selena Gomez

Jennifer enggan percaya gosip cinta antara Justin Therouz dan Selena Gomez.

PELAKON Jennifer Aniston berasa sedih apabila mendapat khabar angin mengatakan bekas suaminya, Justin Therouz mungkin bercinta dengan Selena Gomez.

Jennifer, 49, berkata ia terlalu awal buat Justin untuk menjalinkan hubungan serius dengan sesiapa buat masa sekarang.

Malah, dia tidak percaya gosip cinta antara Justin dan Selena, 25 dan beranggapan terlalu mudah bekas suaminya untuk melupakannya.

"Jennifer sangat bersedih dengan gosip yang berterbangan mengenai bekas suaminya dan Selena.

"Ia telah melukai hati Jen yang memikirkan Justin sudah meneruskan kehidupannya.

"Untuk fikirkan Justin bersama orang lain terutama wanita lebih muda membuatkan dia berasa kecewa.

"Jen tak nak fikirkan perkara itu dan tidak mahu mempercayainya," kata sumber terdekat kepada Hollywoodlife.com.

Jennifer dan Justin berkahwin pada 2015 dan mereka berpisah pada Februari lalu. Semenjak itu, Justin dikatakan sedang berkawan rapat dengan Selena.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain