suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teddy Geiger kini seorang wanita!

Penampilan terbaharu penyanyi Teddy Gieger selepas mendedahkan dia adalah seorang transgender.

PENYANYI Teddy Geiger membuat kejutan apabila dia membuat kemunculan pada Anugerah BMI Pop 2018 di Beverly Hills pada Selasa lalu sebagai seorang wanita.

People melaporkan Teddy yang popular menerusi lagu For You I Will mendedahkan imej terbaharunya selepas enam bulan mengumumkan dia adalah seorang transgender Oktober tahun lalu.

Teddy, 29, menjadi tumpuan apabila hadir menggayakan gaun berwarna hitam lengkap dengan kasut tumit tinggi dari warna sama.

Wajah Teddy sebelum melakukan perubahan.

Bagi melengkapkan gayanya itu, Teddy turut menjinjing tas tangan selain mengenakan solekan tipis.

Selain bergelar penyanyi, Teddy juga adalah seorang komposer dan pernah menggubah lagu untuk Shawn Mendes berjudul Mercy dan There's Nothing Holdin Me Back.

Selain Shawn, Teddy juga pernah menghasilkan lagu untuk Maroon 5, One Direction, Tiesto, Empire of the Sun dan James Blunt.

Teddy Gieger

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia