Lee Jong Suk Berlakon Tanpa Bayaran Demi Rakan Baik - Bintang Global | mStar

Lee Jong Suk Berlakon Tanpa Bayaran Demi Rakan Baik

Lee Jong Suk sanggup menerima tawaran berlakon tanpa sebarang bayaran.

PELAKON Lee Jong Suk mengambil keputusan untuk tidak menerima sebarang bayaran bagi kemunculannya menerusi sebuah program dua episod berjudul Death Song.

Allkpop melaporkan perkara itu didedahkan sendiri oleh pihak produksi yang kagum dengan sikapnya yang sanggup tampil tanpa sebarang bayaran.

Jong suk dikatakan enggan menerima bayaran kerana teruja dengan penerbitan program itu selain menerima tawaran demi rakan baiknya, Park Soo Jin yang turut sama terlibat menjayakan projek tersebut.

Death Song adalah sebuah siri dua episod yang dibuat semula berdasarkan filem daripada judul sama.

Ia mengisahkan konflik mengenai Yoon Shim Duk (Soo Jin) seorang penyanyi soprano dan komposer bernama Kim Woo Jin lakonan Jong Suk.

Kedua-dua pelakon itu sebelum ini pernah muncul dalam drama bersiri While You're Sleeping.

Lee Jong Suk , Park Soo Jin , Death Song

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan