suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Lagu BTS Catat Tontonan 300 Juta Di YouTube

BTS mencipta sejarah apabila lagu terbaharu mereka berjudul Fire mendapat tontonan sebanyak 300 juta di Youtube.

KUMPULAN kpop terkenal BTS terus mencipta sejarah apabila muzik video lagu Fire mendapat jumlah tontonan sebanyak 300 juta di Youtube hanya dalam masa sebulan.

Ia merupakan muzik video kedua kumpulan itu yang mendapat jumlah melebihi 300 juta tontonan selepas single terdahulu mereka, DNA turut mencipta sejarah sama awal bulan lalu.

BTS dianggotai oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, V, Jimin and Jungkook.

Sebelum ini, album terbaharu mereka yang berjudul Love Yourself: Her turut mencipta sejarah apabila ia tersenarai dalam carta top 10 penjualan album Amerika Syarikat, Billboard Hot 200 ditangga ke-7.

Dalam pada itu, hanya dua muzik video yang turut mendapat tontontan 300 juta di Youtube iaitu Twice menerusi lagu TT dan Big Bang, Fantasy Baby pada tahun lalu.

BTS, Fire, DNA

Artikel Lain