suria

Shin Hyun Soo, Jo Woo Ri Hangat Bercinta

Agensi sahkan hubungan cinta Shin Hyun Soo dan Jo Woo Ri.

PELAKON Shin Hyun Soo dilaporkan sedang asyik menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Jo Woo Ri.

Wakil agensi Shin Hyun Soo mengesahkan berita tersebut menerusi laporan portal Soompi pada Isnin.

"Selepas bertanya Shin Hyun Soo, kami baru boleh mengesahkan mereka berdua memang sedang hangat bercinta.

"Kami minta semua beri ruang untuk mereka menjalinkan hubungan dengan baik," kata wakil agensi.

Pasangan tersebut mula rapat semenjak keluar bersama rakan-rakan mereka dan terus menjadi kekasih.

Malah, mereka pernah dilihat meluangkan masa bersama di Itaewon.

Shin Hyun Soo, Jo Woo Ri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain