suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chris Brown Dikecam Kerana Anak Monyet

Aksi anak Chris bermain dengan haiwan tersebut mendapat kritikan netizen. Foto: Dailymail

TINDAKAN Chris Brown memuat naik rakaman video anaknya bernama Royalty sedang bermain dengan seekor monyet di laman Instagram mengundang kecaman netizen.

Dalam rakaman tersebut, Royalty dilihat seronok memangku dan memeluk haiwan tersebut.

Menurut portal dailymail, Chris menghadiahkan haiwan tersebut kepada anak kesayangannya itu.

Haiwan peliharaan baharu Royalty.

"Adakah ini bayi kamu? Dia akan lebih besar dari kamu nanti," ucap Chris Brown dari belakang kamera.

Rakaman tersebut mengundang kritikan netizan yang ternyata kurang senang dengan hadiah yang diberi untuk puterinya itu.

Ada yang menganggap Chris telah melakukan penganiayaan kerana monyet tersebut tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan.

Aksi Royalty bermanja dengan anak monyet hadiah Chris Brown.

"Rasanya boleh tak anak kamu diberikan kepada ibu monyet?," soal @runeatrelaxrepeat.

"Ya Tuhan, tolong fikir cara nak didik anak, bawa haiwan liar ke rumah bukan cara mengajar anak. Memalukan," tulis @nilyanoo.

"Kalau nak bela binatang, jaga kucing atau anjing macam orang biasa, bukannya haiwan yang sepatutnya di hutan," kata @starwars_stuff__ pula.

A post shared by ??? ?? (@chrisbrownofficial) on

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain