suria

Setahun Bercinta Hyun Bin, Kang Sora Putus!

Hyun Bin dan Kang Sora berpisah. Foto: Soompi

BINTANG sensasi Kang Sora dan Hyun Bin dikhabarkan telah berpisah setelah setahun menjalinkan hubungan cinta.

Menerusi laporan portal hiburan Soompi, perkara ini disahkan oleh agensi yang menaungi pelakon Kang Sora.

"Ya benar! Dia telah mengakhiri hubungan dengan Hyun Bin beberapa minggu lalu," ujar wakil agensi tersebut pada Jumaat.

Kang Sora.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak diketahui punca utama perpisahan mereka.

Malah sebelum ini kisah percintaan mereka mereka menjadi tumpuan peminat yang menganggap mereka pasangan serasi.

Manakala, agensi Hyun Bin iaitu VAST Entertaiment turut memberi jawapan yang sama mengenai status hubungan mereka.

Hyun Bin.

"Kami telah bertanya kepada kedua-dua artis ini dan mereka memutuskan untuk mengakhiri hubungan kerana masing-masing sibuk dengan jadual kerja yang padat.

"Walaupun dah berpisah mereka masih bersahabat baik dan akan terus menyokong karier antara satu sama lain," komen wakil agensi pelakon lelaki tersebut.

Hyun Bin, Kang Sora

Artikel Lain