suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rain, Kim Tae Hee Sorok Jantina Anak

Rain dan Kim Tae Hee bakal timang cahaya mata pertama pada bulan Oktober atau November.

BARU-BARU ini kecoh apabila Rain dan Kim Tae Hee dikatakan sedang menanti kelahiran anak perempuan dalam penhujung bulan Oktober atau awal November depan.

Malah, sumber terdekat dari agensi Rain mengesahkan bahawa Kim Tae Hee bakal bersalin pada bulan yang diperkatakan. 

Bagaimanapun, mengenai jantina bayi mereka masih lagi berahsia memandangkan perkara tersebut merupakan kehidupan privasinya. 

"Itu adalah kehidupan peribadi, mereka tidak akan memberitahu jantina bayi pertama. Agensi kami tidak tahu mengenai perkara tersebut," kata wakil agensi. 

Pasangan ini berkahwin pada bulan Januari lalu dalam majlis yang diraikan secara tertutup. 

Manakala Kim Tae Hee telah mengesahkan dirinya hamil pada bulan Mei lalu.

Rain, Kim Tae Hee

Artikel Sebelum

Artikel Lain