suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selena Gomez, The Weeknd Romantik Berbaju Sedondon

Kisah percintaan Selena Gomez dan The Weeknd mencuri perhatian peminat.

PASANGAN penyanyi Selena Gomez dan The Weeknd dilihat mengenakan pakaian sedondon berwarna hitam ketika bersiar-siar di Bandar New York pada Sabtu.

Kedua-dua mereka menggayakan seluar, kemeja dan jaket dengan padanan warna hitam.

Selena kelihatan lebih anggun dengan menyanggul ringkas rambutnya dan mengenakan solekan nipis sesuai dengan musim panas.

Selena dan The Weeknd mengenakan pakaian sedondon ketika bersiar di Bandar New York.

Malah, tas tangan merah yang dibawa Selena turut mencuri perhatian peminat.

Menurut laman portal hiburan Enews, mereka berdua menghabiskan masa mengunjungi beberapa butik pakaian di Manhattan.

Terdahulu, kisah cinta mereka menjadi perhatian masyarakat dunia apabila Selena meluahkan isi hatinya tentang penyanyi berasal dari Kanada ini.

Melalui Daily Mail, Selena berkata dia akan menyerahkan sepenuh hati dan jiwanya untuk orang yang dicintai.

Meskipun tidak menyatakan nama individu yang dimaksudkan, peminat dapat meneka bahawa orang tersebut adalah The Weeknd atau nama sebenar Abel Tesfaye.

Selena Gomez, The Weeknd

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain