suria

Ansel Elgort Dedah Peminat BTS

Ansel pernah bertemu dengan BTS pada awal tahun ini.

TAK sangka pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat iaitu Ansel Elgort rupa-rupanya peminat muzik kpop!

Malah Ansel memberitahu dia teringin untuk bekerjasama dengan kumpulan BTS sekiranya diberikan peluang berbuat demikian.

Hadir ke Seoul bagi mempromosikan filem terbaharu lakonannya, Baby Driver, Ansel juga memberitahu dia mengenali muzik BTS kerana terpengaruh dengan beberapa rakannya yang turut meminati kumpulan itu.

"Beberapa rakan saya di Amerika adalah peminat BTS dan saya mula menyukai mereka daripada mereka.

"Mereka sebuah kumpulan yang berbakat besar dan tentu seronok jika dapat berkolaborasi dengan mereka," katanya seperti dilaporkan Soompi.

Ansel memberitahu dia pernah bertemu dengan BTS ketika menghadiri Anugerah Billboard pada awal tahun ini.

Selain itu, Ansel memberitahu dia juga sempat bertemu dengan Rap Monster dan V ketika berada di Korea.

Ansel Engort, BTS

Artikel Berikut

Artikel Lain