suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami Orang Cinta Baru Mel B

Mel B dikaitkan mempunyai hubungan dengan suami orang.

PENYANYI kumpulan Spice Girls, Mel B dilaporkan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin.

Lelaki dikenali sebagai Ryan Lawrence, 32, itu baharu sahaja berkahwin setahun lalu namun mula bersikap curang terhadap isterinya sejak beberapa bulan lalu.

Sumber memberitahu Daily Mail, Mel sudah memutuskan hubungan itu selepas mengetahui Ryan sudah berkahwin.

Bagaimanapun ada pula mendakwa penyanyi itu sengaja membuat alasan itu kerana hubungan mereka sudah terdedah dan diketahui oleh isteri Ryan.

"Mereka mula menjalinkan hubungan sejak Mei lalu dan bagi menutup kesalahannya Mel baru-baru ini tampil berpimpinan tangan dengan seorang lelaki misteri bagi membuktikan dia dan Ryan sudah tiada hubungan.

"Tindakannya itu bagi memperdayakan pihak media namun cubaannya itu tidak berjaya," kata sumber.

Mel B

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain