suria

Go Soo Menanti Kelahiran Anak Ketiga

Go Soo teruja bakal menerima kelahiran anak yang ketiga.

PELAKON Go Soo dan isteri, Kim Hye Yeon kini sedang menantikan kelahiran anak mereka yang ketiga.

Perkara itu disahkan oleh syarikat pengurusan Go Soo iaitu BH Entertainment seperti dilaporkan Soompi pada Rabu lalu.

"Memang benar Go Soo dan isteri bakal menimang cahaya mata ketiga dan dijangkakan bayi itu akan dilahirkan pada September ini," kata wakil syarikat itu.

Go Soo dan isteri yang 11 tahun muda daripadanya berkahwin pada 2012 selepas menjalinkan hubungan cinta selama empat tahun. 

Pasangan ini menyambut kelahiran anak lelaki pertama pada 2013 dan anak perempuan pada 2015.

Pelakon berusia 38 tahun itu kini sedang dalam rangka promosi filem terbaharunya, The Fortress yang akan ditayangkan September ini.

Go Soo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain