suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baekho Terpalit Isu Gangguan Seksual

AHLI kumpulan Nu'est iaitu Baekho atau dikenali sebagai Kang Dong Ho terpalit kontroversi apabila seorang gadis menuduhnya melakukan gangguan seksual.

Insiden tersebut terjadi pada lapan tahun lalu ketika Baekho dan gadis berkenaan masih bersekolah.

Menurut sumber, gadis itu mendakwa perkara itu terjadi ketika mereka sama-sama mengambil kursus bimbingan pelajar.

Gadis itu turut menuduh Baekho cuba menyentuh peha, dada dan beberapa bahagian lain sehingga membuatkan gadis tersebut tidak selesa.

Gadis itu mula membesarkan hal yang sudah lama berlaku itu berikutan populariti yang dikecapi Baekho bersama kumpulannya Nu'est.

Katanya, kekerapan wajah Baekho di televisyen membuatkan dia kembali trauma dengan peristiwa berkenaan.

Dia cuba menghubungi Baekho dan pengurusannya namun tidak dilayan.

Bagaimanapun, pengurusannya Pledis Entertainment menafikan hal berkenaan dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan palsu itu.

Baekho

Artikel Sebelum

Artikel Lain