suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Restoran Mirip Gong Yoo Jadi Perhatian

Seorang pekerja restoran makanan segera menjadi perhatian apabila wajahnya mirip pelakon Gong Yoo.

SEORANG peminat nyaris dapat serangan jantung kerana terkejut melihat aktor Gong Yoo bekerja sebagai juruwang di sebuah restoran makanan segera di Filipina.

Tapi sebenarnya itu bukannya Gong Yoo sebaliknya pekerja restoran itu memilik wajah seakan-akan pelakon drama bersiri Goblin itu.

Wanita yang dikenali sebagai Eriel Pangan Mendoza sempat mengambil gambar pekerja itu sebelum memuat naik di Facebook miliknya.

"Saya terjumpa Goblin dan saya juga dapat melihat pedang di dadanya. Adakah dia bakal suami saya?," tulisnya mengikut skrip drama popular itu seperti dilaporkan Koreaboo.

Tambah Eriel lagi, dia tidak perlu ke Korea Selatan untuk bertemu idolanya itu dan hanya ke restoran makanan segera.

Gambar lelaki itu menjadi tular di Facebook sehingga mendapat perhatian peminat dari Korea sendiri.

Gong Yoo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain