suria

10 Tahun Berkahwin, Mel B Fail Cerai Terhadap Suami

Mel B dan suaminya Stephen dilaporkan bakal bercerai - Foto US Magazine

BEKAS ahli kumpulan terkenal era 90-an, Spice Girl iaitu Melanie Brown atau dikenali sebagai Mel B dilaporkan memfailkan untuk berpisah terhadap suaminya Stephen Belafonte.

Seperti dipetik US Magazine, penyanyi berusia 41 tahun ini dilaporkan sudah tidak tinggal sebumbung sejak akhir tahun lalu.

Juri America's Got Talent ini memberitahu bahawa dia sudah berpisah pada 28 Disember 2016 selepas berasa dan tidak serasi untuk hidup bersama sebagai suami-isteri.

Mel B dan Stephen berkahwin pada tahun 2007 selepas lima bulan menjalinkan hubungan cinta.

Rumah tangga yang bertahan selama 10 tahun itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama Madison Brown Belangonte yang kini berusia lima tahun. 

Mel B

Artikel Lain