Abang Tak Mahu Dibayangi Populariti Taeyang (Big Bang) - Bintang Global | mStar

Abang Tak Mahu Dibayangi Populariti Taeyang (Big Bang)

Taeyang bersama abangnya yang juga pelakon Dong Hyun Bae.

PELAKON Dong Hyun Bae tidak mahu dibayangi oleh populariti adiknya iaitu penyanyi Taeyang daripada kumpulan Big Bang.

Tidak menyangkal perhatian yang diberikan kepada Taeyang, Hyun Bae bagaimanapun mahu dikenali kerana dan bukan ikatan kekeluargaan dengan adiknya itu.

"Saya memang tidak akan mendapat populariti seperti mana Taeyang alami tetapi pada masa sama saya juga tidak mahu dikenali sebagai abang kepadanya.

"Taeyang dan saya adalah dua individu berbeza dan saya harap orang tidak lagi melabel saya hanya kerana siapa adik saya," katanya seperti dilaporkan Allkpop.

Hyun Bae terlebih dahulu mencipta nama dalam bidang seni iaitu pada tahun 2006 dan dikenali menerusi drama bersiri seperti Age of Youth, Shut Up, Flower Boy Band dan Holy Land.

Bagaimanapun sejak Taeyang bersama kumpulan Big Bang menjadi fenomena nama Hyun Bae hanya disebut hanya kerana hubungan mereka dan bukan kerana lakonannya.

Taeyang dalam temubual juga sering mendedahkan hubungan rapat mereka dan sangat mengagumi abangnya itu.

Big Bang , Taeyang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain