suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon 'Goblin' Berpisah Selepas Lapan Bulan Bercinta

Kim Go Eun dan Shin Ha Kyun berpisah hanya selepas lapan bulan menjalinkan hubungan cinta.

PELAKON yang terkenal menerusi drama bersiri Goblin iaitu Kim Go Eun berpisah dengan teman lelakinya yang juga aktor Shin Ha Kyun hanya selepas lapan bulan bercinta.

Koreaboo melaporkan berita perpisahan itu turut disahkan oleh syarikat pengurusan masing-masing pada Selasa lalu.

Pasangan itu dilaporkan mengambil keputusan itu kerana tidak mempunya masa untuk bersama memandangkan jadual yang padat.

"Mereka berpisah pada Februari lalu dan ia berpunca daripada jadual mereka yang cukup padat dan kurang mempunyai waktu bersama.

"Bagaimanapun mereka masih berkawan baik memandangkan Go Eun dan Ha Kyun dibawah syarikat pengurusan sama," kata wakil agensi HODU & U Entertainment.

Sebelum ini Go Eun mengejutkan peminat apabila mengakui bercinta dengan Ha Kyun yang 17 tahun lebih tua daripadanya.

Goblin, Kim Go Eun, Shin Ha Kyun

Artikel Lain