suria

Lagu Baharu Rain Bukan Untuk Lamar Kekasih

SELEPAS tiga tahun berehat, penyanyi dan pelakon Rain kembali melancarkan sebuah single terbaharunya berjudul The Best Present.

Lagu hasil produksi penyanyi PSY dikatakan membawa cerita tentang lamaran pernikahannya dengan Kim Tae Hee.

Bagaimanapun, Rain dalam sebuah program Knowing Bros menafikan bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Pasangan yang menjalinkan hubungan sejak 2013 ini berkata, mereka mahu memberi perhatian sepenuhnya terhadap dunia seni.

Sementara itu, Rain berkata, lagu tersebut dihasilkan dalam tempoh yang singkat selepas penyanyi lagu Gangnam Style menghubunginya.

"PSY menghubungi saya pada pukul 3 pagi semata-mata ingin memberitahu ada lagu yang sesuai untuk saya, jadi saya juga tidak mahu menunggu lama," ujarnya.

Rain

Artikel Lain