suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Choa (AOA) Nafi 'Makan' Duit Iklan Seolhyun

SALAH seorang ahli kumpulan AOA, Choa menjelaskan bahawa ahli kumpulan itu tidak mengambil duit hasil pendapatan iklan ahli kumpulan itu iaitu Seolhyun.

Seperti dipetik Koreaboo, Choa berkata, kenyataan Seolhyun bahawa pendapatanya dibahagi sama rata dengan ahli yang lain sehingga masih belum mampu membeli rumah telah disalah faham oleh netizen.

"Ia adalah salah faham dan kami tidak makan duit Seolhyun, pembahagian adalah hasil pendapatan muzik kami bersama sahaja," ujarnya dalam sebuah wawancara radio pada Jumaat.

Katanya, pendapatan yang diterima oleh ahli kumpulan itu adalah hasil kerjaya mereka bersama dalam bidang muzik sahaja.

Tambahnya, kenyataan Seolhyun telam menimbulkan pandangan negatif masyarakat kepada ahli kumpulan yang lain.

Bagaimanapun, netizen beranggapan pihak pengurusannya FNC Entertainment telah membuat pemotongan kepada pendapatan wanita itu terlalu banyak untuk kepentingan syarikat.

Choa (AOA), Seolhyun

Artikel Lain