suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kylie Jenner Raih Keuntungan Besar Dalam Perniagaan

Kylie Jenner mampu tersenyum bangga apabila perniagaan kosmetiknya meraih keuntungan luar biasa.

MODEL dan bintang realiti Kyle Jenner dilaporkan meraih keuntungan besar iaitu sebanyak RM80 juta menerusi perniagaan kosmetik yang diceburinya.

Jumlah itu menjadikan dia individu kedua terkaya dalam ahli keluarga selepas kakaknya, Kim Kardashian.

Beberapa produk keluaran wanita itu seperti Lip Kit, pakaian wanita dan sarung telefon bimbit mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Selain itu, Kylie turut mengembangkan empayar perniagaannya dengan menjual bulu mata, pensel mata dan krim kulit.

Perniagaan yang bermula secara dalam talian sejak beberapa tahun lalu itu kini beroperasi menerusi sebuah butik yang terkeltak di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Nama Kylie juga termasuk dalam senarai ahli perniagaan muda yang berjaya lain seperti Alli Webb, Toni Ko dan juga Jennifer Hyman.

Kylie Jenner, Kim Kardashian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain