suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kekurangan Tidur Punca Lay (EXO) Pengsan Di Lapangan Terbang

PENYANYI Lay tampil menjelaskan punca dia pengsan sebelum menaiki penerbangan ke Jepun baru-baru ini adalah disebabkan kekurangan tidur.

Soompi melaporkan Lay membuat penjelasan itu di laman sosial Weibo miliknya dan meminta agar peminat tidak bimbang akan keadaan dirinya.

"Terima kasih kerana mengambil berat tentang diri saya. Anda semua jaga diri dengan baik.

"Saya juga akan memastikan mendapat tidur secukupnya agar kejadian sebelum ini tidak berulang lagi," katanya.

Pada kejadian itu, Lay tiba-tiba jatuh dan tidak sedarkan diri sebelum menaiki pesawat bagi mengadakan konsert di Jepun.

Penyanyi itu dikejarkan ke hospital dan syarikat pengurusannya mengesahkan perkara itu selain memberitahu keadaan Lay tidak serius.

Lay, EXO

Artikel Lain