suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Janet Jackson Tampil Sahkan Kehamilan Pada Usia 50 Tahun

Janet Jackson dilihat memasuki sebuah butik menjual barangan bayi di London baru-baru ini.
PENYANYI terkenal Janet Jackson akhirnya tampil mengesahkan kehamilannya selepas gambar dia yang sedang berada di sebuah kedai barangan bayi di London baru-baru ini tersebar.

Janet, 50, membuat pengakuan eksklusif kepada majalah People yang turut memaparkan gambar terbaharu penyanyi itu yang sedang sarat mengandung.

"Kami berterima kasih kepada tuhan kerana atas rahmat-Nya," katanya.

Gambar terbaharu Janet yang sedang sarat mengandung seperti disiarkan oleh majalah People.

April lalu, Janet mengumumkan penundaan konsert jelajah dunianya kerana ingin memberi fokus kepada keluarga dan suami, jutawan Wissam Al Mana.

Bagaimanapun Janet enggan mengesahkan mengenai berita kehamilannya walaupun beberapa gambar dia dirakam dan memperlihatkan peningkatan berat badan yang mendadak selain perutnya kelihatan besar.

Dalam pada itu, Janet dilaporkan bakal melahirkan anak pertamanya itu pada Januari depan.
Janet Jackson

Artikel Lain