suria

Hamil Pada Usia 50 Tahun, Kandungan Janet Jackson Berisiko

Janet Jackson kini sedang hamil anak pertamanya pada usia 50 tahun.
PENYANYI Janet Jackson dilaporkan terpaksa menghabiskan masa di atas katil ekoran kehamilan pada usia 50 tahun yang dianggap berisiko tinggi.

Daily Mail melaporkan Janet yang mengumumkan berita kehamilannya pada Mei lalu dinasihatkan berbuat demikian sehingga dia dijangka bersalin pada awal tahun hadapan.

"Kehamilannya pada usia 50 tahun memang mempunyai risiko tinggi dan terdedah kepada pelbagai komplikasi yang boleh mengancam nyawa bayi dalam kandungan.

"Atas sebab itu dia dinasihatkan untuk berehat di atas katil bagi mengurangkan risiko sehingga dia bersalin," kata sumber terdekat penyanyi itu.

Dalam pada itu, isteri kepada Wissam Al Mana itu turut dikatakan tidak mahu keluar daripada rumah ekoran berat badannya yang mendadak naik sejak hamil.

"Dia tidak mahu ada orang melihatnya dalam keadaan yang teruk kerana penambahan berat badan ketika hamil," kata sumber itu lagi.

Kali terakhir Janet dilihat muncul di khalayak ramai adalah pada akhir Julai lalu.
Janet Jackson

Artikel Sebelum

Artikel Lain