suria

Park Go Bum Masih Guna Pengangkutan Awam

Meskipun sudah terkenal namun pelakon Park Go Bum masih menggunakan pengangkutan awam.
PELAKON popular Park Go Bum memberitahu masih menggunakan pengangkutan awam terutamanya Subway meskipun dia kini sudah terkenal.

Go Bum berkata dia sudah terbiasa menggunakan perkhidmatan kereta api bawah tanah untuk bergerak ke mana-mana meskipun tindakannya merisaukan pihak pengurusannya.

"Menggunakan Subway adalah paling cepat untuk saya ke mana-mana dan sejak dahulu lagi saya gemar menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam tambahan ia murah.

"Saya tidak rasa perlu mengubah diri saya hanya kerana sekarang sudah dikenali oleh peminat walaupun ia pihak pengurusan bimbang saya diserbu peminat," katanya.

Tambahnya dengan cara itu juga ia dapat mengingatkan dirinya untuk sentiasa merendah diri selain menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

"Saya tidak perlukan pengawal peribadi atau kenderaan khas. Saya mahu jalani kehidupan normal," ujarnya.

Go Bum mula menjadi perhatian selepas dia muncul menerusi drama bersiri Reply 1988 baru-baru ini. - Soompi

Park Go Bum

Artikel Lain