suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan Cinta Taylor Swift & Calvin Harris Berakhir

Taylor dan Calvin Harris
HUBUNGAN cinta di antara penyanyi Taylor Swift dan penerbit Calvin Harris dilaporkan sudah berakhir selepas hanya 15 bulan menjalinkan hubungan.

US Weekly melaporkan pasangan itu tidak lagi mempunyai persefahaman dan memutaskan untuk berpisah secara baik.

Bagaimanapun sumber melaporkan Calvin yang memutuskan untuk meninggalkan Taylor dan penyanyi itu kecewa dengan keputusan tersebut.

"Calvin yang mahukan perpisahan dan Taylor sangat bersedih dengan keputusan itu kerana sangat menyayangi teman lelakinya itu.

"Tetapi dia dalam keadaan baik dan mula menerima hakikat perpisahan itu," kata sumber berkenaan.

Dalam pada itu, sumber turut memberitahu hubungan mereka sudah pun bermasalah sebelum Calvin terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 20 Mei lalu.

Pun begitu, Taylor tetap berada disamping teman lelakinya itu sejurus menerima perkhabaran tentang kejadian itu.

"Dia memang bimbang tentang keadaan Calvin dan segera terbang ke Las Vegas untuk bertemu dengan lelaki itu.

"Tetapi hubungan mereka sebenarnya sudah pun berakhir sebelum kejadian itu lagi," katanya lagi.

Taylor Swift, Calvin Harris

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain