suria

Video Muzik Exid Dikritik Berbaur Lucah

Exid

KEMUNCULAN semula Exid dengan harapan akan membawa petanda baik tetapi menjadi sebaliknya apabila video muzik terbaharu dia berjudul L.I.E mendapat kritikan kerana dikatakan berbaur lucah.

Video muzik itu mendapat sambutan luar biasa apabila ditonton lebih sejuta orang dalam masa 24 jam selepas ia dimuat naik di YouTube pada 31 Mei lalu.

Bagaimanapun tidak semua orang menyukai kemuculan terbaharu Exid itu apabila ramai yang berpendapat adegan dalam video berkenaan kebanayakkannya memaparkam maksud-maksud berkaitan seks.

“Jangan kata saya berfikiran kolot sebaliknya kanak-kanak sekolah juga boleh faham maksud adegan yang dipaparkan kerana ia menjurus kepada perkara berkaitan seks,” kata peminatnya yang mengkritik karya berkenaan. – Allkpop

Exid

Artikel Lain