Menang Ketua Daerah, Pasha (Ungu) Mula Sombong - Bintang Global | mStar

Menang Ketua Daerah, Pasha (Ungu) Mula Sombong

Pasha bersama isterinya Adelia
KETUA pertubuhan media, Aliansi Jurnalis Independen (AJI) Kota Palu iaitu Mohammad Iqbal Rasyid kesal dengan sikap Wali Kota yang baru dilantik  iaitu Pasha (Ungu) kerana bersikap kurang sopan dengan pihak media.

Mohammad Iqbal berkata, bekas vokalis Ungu itu juga tidak melayan permintaan pihak media yang mahu menemuramahnya.

"Kami kesal dengan sikap beliau kerana di era keterbukaan informasi ketika ini kenapa dia masih bersikap seperti itu?" ujarnya.

Seperti dipetik Antara Sulteng, wartawan MNC Grup, Ridwan berhadapan dengan insiden dimalukan apabila permintaanya ditolak.

Menurut Ridwan, Pasha dengan sinis berkata : "Saya sekarang sudah bekerja di pejabat dan bukan lagi artis. Kamu cuma penyumbang sahajakan."

Bukan hanya Ridwan, Pasha tidak melayan mana-mana media lain yang datang untuk membuat liputan khas terhadap kegiatannya sebelum menerima pelantikan secara rasmi sebagai Wali Kota Palu.

Penyanyi itu terus menjauhi media untuk bertanya tentang perancangannya selepas rasmi menjadi orang bertanggungjawab daerah itu.

Bagaimanapun, Pasha dilihat melayan beberapa peminat yang ingin mengambil gambar bersamanya selepas perlantikan berkenaan.

Pihak media berharap, Pasha dapat memberikan penjelasan tersebut dan mengubah sikapnya.

"Dahulu dia memerlukan media untuk sokongan dan mendapat undian daripada penduduk, namun sekarang sikapnya sungguh memalukan," ujarnya.

Wali Kota ialah satu jawatan politik iaitu ketua bagi sesebuah daerah yang dipilih berdasarkan undian rakyat.
Pasha Ungu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain