suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyanyi Lagu 'Cintaku Klepek-Klepek' Ditahan Kerana Aktiviti Pelacuran

Hesty ditahan pihak polis ketika berada di sebuah hotel di Lampung, Indonesia selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran.

PENYANYI dangdut terkenal Indonesia, Hesty Klepek-Klepek ditahan pihak polis di sebuah hotel di Lampung selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran.

Kapan lagi melaporkan ketika serbuan dibuat polis kira-kira pukul 3 pagi itu, seorang lelaki dipercayai 'bapa ayam' dikenali sebagai Kiki turut berada dalam bilik berkenaan.

Polis turut merampas beberapa barang milik penyanyi lagu Cintaku Klepek-Klepek itu termasuk kondom dan sejumlah wang tunai.

Terdahulu, media di Indonesia melaporkan Hesty terlibat dalam aktiviti tidak bermoral berkenaan namun disangkal oleh pihak pengurusannya.

Hasil siasatan polis juga membawa kepada penangkapan beberapa 'bapa ayam' lain dan mangsa yang dijadikan pelacur termasuk beberapa gadis bawah umur.

Hesty dan Kiki masih ditahan oleh pihak berkuasa untuk disoal siasat bagi mendapatkan butiran lebih lanjut berhubung kejadian itu.

Artikel Lain