suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taylor Swift Sumbang RM1 Juta Kepada Kesha

Taylor Swift menyumbangkan RM1 juta kepada Kesha.

BINTANG terkenal Taylor Swift memberikan sumbangan wang tunai sebanyak AS$250,000 (RM1 juta) kepada penyanyi Kesha yang kini mengalami masalah kewangan.

Daily Mail melaporkan wang berkenaan adalah sebagai tanda sokongan kepada penyanyi itu yang sebelum ini mendakwa menjadi mangsa seksual dan penderaan oleh penerbit Dr. Luke selain meminta kontrak bersama syarikat rakaman milik lelaki itu ditamatkan.

Bagaimanapun mahkamah baru-baru ini tidak membenarkan permintaan penyanyi itu memandangkan tiada bukti kukuh berhubung dakwaan dibuat.

"Taylor mahu membantu Kesha pada masa sukar ini dan berharap wang berkenaan dapat memberikan manfaat kepadanya," kata jurucakap penyanyi itu.

Selain Taylor, beberapa selebriti lain turut menyuarakan sokongan terhadap Kesha seperti Lady Gaga, Ariana Grande, Kelly Clarkson dan Iggy Azalea.

Taylor Swift, Kesha

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain