suria

Lee Byung Hun Anjur Sesi Jelajah Bertemu Peminat

Lee Byung Hun
BIARPUN kerjaya lakonan aktor Lee Byung Hun kini semakin mendapat perhatian di Hollywood, namun aktor ini tidak pernah lupa untuk berterima kasih terhadap peminat-peminatnya.

Pelakon yang baharu sahaja berjaya dengan filem Hollywood pertamanyaTerminator Genisys bersama Arnold Schwarzenegger bakal mengadakan sesi jelajah bertemu peminatnya Mac depan.

Menerusi sebuah kenyataan di laman sosial rasminya, pelakon berusia 45 tahun ini akan mengadakan jelajah yang dinamakan LBH On Tour 2016 itu di lima buah lokasi di Jepun.

Dia menyasarkan dapat mengumpul sebanyak 20,000 peminat sepanjang sesi berlangsung.

"LBH On Tour 2016 ini diadakan setiap dua tahun sekali dan kali terakhir ke Jepun pada Februari 2014.

"Program ini dilakukan oleh Lee Byung Hun semata-mata untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang banyak menyokong kerjayanya," ujar pengurusannya.

Dalam program tersebut, Byung turut menyediakan acara menyanyi dan menari bersama peminat-peminatnya.
Lee Byung Hun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain