suria

Kerjaya Nicole Kidman Berubah Selepas Bercerai

Nicole dan Tom Cruise bersama dua anak angkat mereka.
PELAKON Nicole Kidman memberitahu perceraiannya dengan aktor Tom Cruise kira-kira 14 tahun lalu mempunyai kelebihan tersendiri apabila ia mengubah kerjaya lakonannya.

Menerusi temubual Women In The World  pada minggu lalu, aktres ini berkata selepas perceraian tersebut dia hanya menumpukan perhatian terhadap kerjaya lakonan dengan tujuan melarikan diri daripada masalah yang dihadapi.

"Saat kemelut itu saya hanya boleh melarikan diri daripada kehidupan sebenar yang saya lalui sahaja. Berlakon merupakan satu-satunya cara saya untuk melupakan kesedihan dan lari dari masalah rumah tangga yang membebankan," ujarnya.

Bagaimanapun, usaha itu berhasil apabila dia diiktiraf menerima anugerah Oscar menerusi filem The Hours.

Filem tersebut dilancarkan benar-benar selepas dia dan Tom Cruise bercerai secara rasmi pada 2001.

Pasangan ini mengambil keputusan bercerai selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga dan mengambil dua anak angkat iaitu Isabella Jane Cruise dan Connor Antony Cruise.


Nicole Kidman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain