suria

Hyunseung (B2ST) Dianggap Tidak Menghargai Peminat

Hyunseung

KETIKA kumpulan B2ST sibuk memenuhi undangan persembahan dan bertemu dengan peminat baru-baru ini, salah seorang anggotanya iaitu Hyunseung pula tidak hadir pada acara itu.

Ramai peminat yang kecewa apabila Hyunseung tidak hadir pada sesi bertemu dengan peminat itu.

Foto yang dimuat naik di Instagram yang menunjukkan Hyunseung keluar bersama seorang wanita daripada menghadiri sesi bertemu peminat membuatkan ramai yang bengang dengan anggota kumpulan B2ST itu.

Agensi B2ST, Cube Entertainment yang dihubungi Kukmin Ilbo menjelaskan, Hyunseung tidak dapat hadir pada hari tersebut kerana mempunyai masalah peribadi.

Bagaimanapun, Hyunseung pula dilihat sedang bersama dengan seorang wanita yang tidak dikenali di sebuah kafe.

Gambar penyanyi itu telah dimuat naik oleh netizen di Instagram.

Perkara itu membuatkan ramai yang mengecam Hyunseung yang dilihat seolah-olah tidak menghargai peminat.

Hyunseung

Artikel Lain